PERINGATAN!!!

suatu cerita tentang dunia nyata. benar2 terjadi samada dialami sendiri oleh Reo atau orang2 di sekeliling Reo. gambar2 (jika ada) diambil, dicedok atau yg seumpamanya di merata2 tempat di alam nyata dan maya sebagai pelengkap story je, tanpa niat mengaibkan sesape. Jika rasa terkilan gambar sape2 dipaparkan disni sila email dan Reo akan remove.

Monday, January 11, 2010

cerita lawak

malam td, mase org lain dok kecoh nak tgk AJL aku layan raja lawak kat astro. nak wat camne, dh bukan minat aku tgk anugerah2 ni. 1st time ni nak tgk raja lawak. sbb aku terpengaruh ngan lawak nabil. itu pun aku tgk yg ulangan nye.

so xcited gak la kan mlm td. nak tgk tahap kematangan produk2 baru dunia komedi kat malaysia. dengar citer plak ada sorang engineer masuk.namanye JD katanya. perghhh...mesti best nye. slama ni yg aku dok tgk, byk pelawak2 guna gerak badan memperbodohkan diri di khalayak penonton supaya nmpak kelakar (ye..kelakar la sangat..wekk)

nyways, lepas dh tgk tu. alangkah kecewa nye. rasa nak hempuk je mamat JD tu. dahla cite die takde kena mengena ngan topik pun. lawak plak stereotype jugak. buat gerak badan yg amat bodoh utk nmpak kelakar. Ya ampun!

Kalau x silap aku, tema skrip utk mlm td sepatutnya "hari pertama.." tp xde sorang pun peserta yg crita pasal ahri pertama. yg byk cerita pasal aku jd itu la, aku jadi ini lah...mende la diorang ni. hisshhhh...x paham lah aku ngan pelawak malaysia ni.

aku rasa tema tu cukup besar pe. bwat la citer hari pertama ko ke sekolah ke, dapat kerja ke, amek bas ke...lepas tu cari la idea jadikan kelakar. banyak tu beb leh wat. kalao stakat nak wat mimik muka, bongkok2 badan, baru rasa kelakar xyah jd engineer pun leh wat kot. tu si idlan tu. aku rasa ok je dia. at least aku senyum gak la dngar citer die.

apa2 pun, aku saje je nak membebel kat sini. nak lepas frust sbb aku lak leh bersungguh tunggu tgk malam td. adoyai!

Sunday, January 10, 2010

cerita gigi


arini pipi aku bengkak giler.gara2 cabut gigi jumaat lepas.ceritanya,minggu lepas aku rasa macam gusi aku bengkak. so jumaat tu pegi check kat klinik kat kota damansara.skali doktor bgtau gigi aku tumbuh menyenget daa. tu pasal gusi bengkak.

so nak cabut kena wat minor surgery. cost die mahal sikit doktor cakap. dalam rm400-500. ok, fine lah aku pikir. pasal aku pernah gak wat minor surgery camni 5 tahun lepas. cost die lebih kurang cam tu gak la.

so, aku pun setuju la nak wat aritu jugak. doktor die pompuan, cun jugak. baik pulak tu.lembut je orang nye..(eh..chop! kesitu plak aku..hehhe)

skarang rupe aku burok giler dowh. dh macam org beguk dah haa..semalam pegi makan tgahari sumer org pandang. ye lah, muka ensem (hehehe) tp pipi bengkak. cakap plak macam org pelat.

Tuesday, January 5, 2010

cerita tahun baru

cerita berlaku hari isnin. aku kena panggil dek HR.pagi2 buta pegi mengadap. tak sempat aku nak mengulat pegi minum.apo hal plak la ni ha, pikir aku kan.

sekali. aku dpt berita best lah. aku dpt kenaikan gaji. tak banyak tp boleh la..wuuuhuuu

tengah berkira2 congak2 apa leh beli ngan gaji extra bulan2 ni.. yg pertama aku nak belanja kawan2 aku la. yang rapat ngan aku je ye =p. pahtu beli hadiah ape yg patut bwat adik aku yg nak kawen ujung bulan ni.

lepas tu nanti2 boleh la aku shopping beli baju2 baru. baju lama pun byk da tak leh pakai. baju aku byk la yg da mengecut (bukan badan aku mengembang yek)=p

2x wuuuhuuuu :)