PERINGATAN!!!

suatu cerita tentang dunia nyata. benar2 terjadi samada dialami sendiri oleh Reo atau orang2 di sekeliling Reo. gambar2 (jika ada) diambil, dicedok atau yg seumpamanya di merata2 tempat di alam nyata dan maya sebagai pelengkap story je, tanpa niat mengaibkan sesape. Jika rasa terkilan gambar sape2 dipaparkan disni sila email dan Reo akan remove.

Tuesday, October 12, 2010

cerita haru..nak marah ke nak nangis

semalam member2 pompuan ajak gi kompleks rakan muda puchong. depa kata diorang ada pemilihan utk wakil negara men futsal.

lepas keje aku gi angkut syafiq kat usj dan bergegas ke sana pas maghrib. direct dr office. sangat bersemangat nak bg sokongan moral kat member2 konon nye.

diorang ade le bg klu camne nak pegi tempat tu. aku agak2 tau jg le tempat tu. dulu penah gak lalu lalang kat area situ.

bila agak2 sampai kat kompleks tu aku dah perlahankan keter aku. tapi masih ter'miss' lorong pintu masuk depan. nak harapkan co-pilot aku tu tunjuk jalan, mmg hampeh ler. suh gi kedai sebelah umah die pun leh sesat kot..hehhee

so, aku ingat2 balik, ada lorong yg aku leh lalu kot belakang to go back ke situ. cam kinda wat U-turn la.

sekali, bila aku korner ke kiri nak pegi lorong belakang tu, aku perasan depa dah letak security bar siap ngan guard sumer. aku agak, mesti diorang x kasi org lalu situ.mesti utk ahli kariah situ je kot.

aku pun x usaha la nak tye. terus aku jalan depan and amek jln ke Giant bdr puteri nak wat U-turn.

dah siap U-turn sumer dan dah sampai kembali ke pintu depan kompleks, kali ni aku tak miss lorong tu lagi. berjaya berenti betul2 depan pintu pagar depan kompleks.

tapi......pintu berkunci. ada notis 'SILA GUNA PINTU BELAKANG'. DAMN!

terpaksa gerak lagi dan pergi ke lorong yg ade security bar tu. kali ni aku bertanya kat pak guard di situ camne nak gi kompleks tu. dye bgtau ' ooo..senang saje..masuk sini, jalan depan belok kiri and kiri'

Alrite! dah sampai. masa tu dekat 8.00 mlm. aku prasan member2 aku masih besidai kat tangga agi. sumer lengkap ngan jersi n boot.dorang ckp training ngan pemilihan start kul 7.00. apekes dok bersidai agi.

dah jumpa dorang, rupa nye dorang pun kena tipu idup2. malam tu xde training or selection. cuma taklimat jek. dan masa tu dorang masih dok tunggu wakil MSN dtg tuk bg taklimat.

DAMN..2xDAMN!

xpe lah. since dh dtg kan. aku ngan syafiq tggu gak kat situ. bila depa dh abis taklimat dah kul 9.30 terus heret dorang gi mkn. perut dah bergendang mah...hehehe

* org kata malu btanya sesat jalan.tu la yg jd kat aku

No comments:

Post a Comment